Asalamualaikum sahabat sekelian...
di petang yang mulia ini baru lah dapat update apa yang tertanguh dek kerana beberapa hal yang lain perlu
di uruskan...hehe almaklumlah sebagai manusia kita tak lepas dari masalah so lets go..tanpa membuang masa,kejap lagi dah nak masuk waktu maghrib...walau macam mana busy pun kewajipan pada dia kena buat,so tak nak banyak bicara lagi ajum!hehe.....
Bahan-bahanya;-
1-) 500 gm terung bambang.
2-) 15 tangkai cili kering.
3-) 30 ekor ikan bilis.
4-) 5 ulas bawang kecil.
5-) 3 ulas bawang putih.
6-) sedikit belacan.
7-) perasa dan garam.
Cara membuatnya;-
*cili kering di blender bersama bawang merah dan bawang putih beserta belacan.
*Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 blender,tumbukan kasar ikan bilis,dan masukan ikan bilis kedalam
tumisan tersebut.kacau hingga naik minyak dan cili sedikit garing.
*masukan terung bambang dan sedikit air,di kacau sebati dan di perasakan besama garam dan serbuk perasa(bole gantikan sedikit gula)
*masak agak kering dan sedia untuk di hidang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan