Khamis, 17 Disember 2015

Ajaran Islam di sisi Allah





PERKARA ASAS FARDU AIN (PAFA).

01- MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH.

SOALAN Sebutkan Dua Kalimah Syahadah dengan sempurna.

JAWAPAN Asyhadu Al-laa ilaha il-lallah. Wa asyhadu anna Muhammadar Rasulullah.

SOALAN Nyatakan erti Dua Kalimah Syahadah.

JAWAPAN Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad Pesuruh Allah

KOD 02 RUKUN ISLAM.

SOALAN Sebutkan Rukun Islam satu persatu.

JAWAPAN Rukun Islam lima perkara:

Mengucap Dua Kalimah Syahadah.Menunaikan Solat Lima Waktu sehari semalam.Mengeluarkan Zakat.Berpuasa di Bulan Ramadhan.Menunaikan Haji bagi yang berkuasa.

KOD 03 RUKUN IMAN.

SOALAN Sebutkan Rukun Iman satu persatu.

JAWAPAN Rukun Iman enam perkara:

Beriman kepada Allah.Beriman kepada Malaikat.Beriman kepada Kitab.Beriman kepada Rasul.Beriman kepada Hari Akhirat.Beriman kepada Qada dan Qadar.

SOALAN Bagaimana anda beriman kepada Allah S.W.T.

JAWAPAN Mengaku bahawa allah S.W.T. ada, dan melaksanakan perintahNya dengan sempurna.

KOD 04 BERISTINJAK.

SOALAN Terangkan bagaimana cara beeristinjak dengan menggunakan batu.

JAWAPAN Menyapu qubul dan dubur dengan menggunakan batu sekurang-kurangnya tiga biji batu atau bahan yang kesat sehingga diyakini bersih.

SOALAN Terangkan bagaimana cara beristinjak dengan air.

JAWAPAN Membasuh qubul atau dubur dengan Air Mutlak sehingga diyakini bersih.

KOD 05 MEMBERSIHKAN ANGGOTA BADAN, PAKAIAN, DAN TEMPAT DARIPADA NAJIS.

SOALAN Kain ini terkena najis Mukhaffafah. Terangkan dan tunjukkan cara bagaimana menyucikannya.

JAWAPAN Percikkan air Mutlak di kawasan yang terkena najis, kemudian keringkan.

SOALAN Kaki anda terkena najis Mutawasitah. Terangkan dan tunjukkan cara bagaimana menyucikannya.

JAWAPAN 1. Bersihkan najis dari tempatnya.

2. Siram dan gosok sehingga hilang bau, warna,dan rasanya.

3. Bilas dengan air Mutlak dan keringkan.

SOALAN Di lantai ini terdapat najis Mghallazah. Terangkan dan tunjukkan cara bagaimana menyucikannya.

JAWAPAN 1. Bersihkan najis dari tempatnya.

2. Siram sekali dengan air yang bercampur tanah.

3. Gosokkan dengan sabun sehingga hilang warna, bau, dan rasa.

4. Siram enam kali dengan air Mutlak.

KOD 06 CARA BERWUDUK.

SOALAN Tunjukkan cara berwuduk dengan betul dan sempurna.

JAWAPAN 1. Membaca Bismillahir Rahmanir Rahim.

2. Membasuh kedua-dua tangan hingga ke pergelangan tangan 3X.

3. Berkumur-kumur 3X.

4. Memasukkan air ke dalam hidung, kemudian mengeluarkannya 3X.

5. Menyebut lafaz niat wuduk :Nawaitu raf- al hadasil asghar lillahi taaala. Sambil membasuh seluruh muka 3X.

6. Membasuh tangan kanan hingga ke siku 3X.

7. Membasuh tangan kiri hingga ke siku 3X.

8. Menyapu sebahagian kepala atau ubun-ubun 3X.

9. Menyapu kedua-dua telinga dengan air 3X.

10. Membasuh kaki kanan dan kaki kiri hingga ke buku lali 3X.

11. Menghadap kiblat dan berdoa:

Asy hadu al-laa ilaha il-lallah, wahdahu laa syarikalah,

Wa asy hadu anna Muhammadan abduhu warasuluh,

Allahummaj alnii minat tauwaa bin, waj alnii minal

Mutatah hirin, Waj alnii min ibadikas solihin.

KOD 08 CARA MANDI WAJIB (HADAS BESAR).

SOALAN Nyatakan sebab-sebab yang mewajibkan mandi.

JAWAPAN Sebab-sebab yang mewajibkan mandi:

Keluar mani.Haid.Janabah (bersetubuh)Wiladah.Nifas.Mati, selain mati syahid.

SOALAN Terangkan cara mandi wajib yang betul dan sempurna.

JAWAPAN Cara-cara mandi wajib :

Bersihkan badan dari segala kekotoran.Hilangkan segala benda yang boleh menghalang air sampai ke kulit anggota badanAmbil wuduk.Siramkan air ke atas kepala sambil membaca niat:Nawaitu raf- al hadasil akbari fardan alaiya lillahi taaala.

( sahaja aku mengangkat hadas yang besar fardu ke atas ku kerana Allah taala )

Jiruskan air ke anggota badan sebelah kanan 3X dan sebelah kiri 3X.Ratakan air ke seluruh badan. Selatkan rambut, janggut, dan semua bulu supaya air sampai ke kulit. Ratakan juga air ke tempat lipatan-lipatan dan celah anggota badan yang zahir seperti telinga, hidung, mata, ketiak, pusat, selah paha, qubul dan dubur dalam keadaan mencangkung.Jika air tidak rata dengan 3 jirusan seperti di atas, maka hendaklah ditambah lagi jirusan sehingga air rata ke seluruh anggota badan. Semasa meratakan air, hendaklah dijaga supaya tangannya tidak menyentuh qubul dan dubur tanpa lapik yang menyebabkan wuduknya batal.

KOD 09 AZAN, IQAMAH, JAWAPAN DAN DOA SELEPAS AZAN/IQAMAH.

SOALAN (Lelaki) Anda dikehendaki melaksanakan azan dengan betul dan sempurna.

JAWAPAN Allahu Akbar Allahu Akbar 2X

Asy hadu al-laa ilaha il-lallah 2X

Asy hadu anna Muhammadar Rasulullah 2X

Haiya alas solah 2X

Haiya alal falah 2X

Assolatu khairum minan –naum 2X

Allahu akbar allahu akbar 1X

Laa ilaha il-lallah 1X

SOALAN (Perempuan) Anda dikehendaki menerangkan cara melaksanakan azan dengan betul dan Sempurna.

JAWAPAN 1. Bewuduk (makruh azan tanpa wuduk)

2. Berdiri menghadap Qiblat.

3. Meletakkan jari telunjuk di telinga.

4. Mengalunkan lafaz azan.

SOALAN Dengar azan dan jawab azan dengan betul dan sempurna.

JAWAPAN Allahu akbar Allahu akbar 2X

# Jawab – Allahu akbar Allahu akbar 1X

Asy hadu al-la ilaha il-lallah 2X

# Jawab – Asy hadu al-la ilaha il-lallah 1X

Asy hadu anna Muhammadar Rasulullah 2X

# Jawab- Asy hadu anna Muhammadar Rasulullah. 1X

Haiya alas solah 2X

# Jawab- Laa haula wala quata il-laa bil-laa 1X

Haiya alal falah 2X

# jawab- Laa haula wala quata il-laa bil-laa 1X

As – Solatu khairum minan naum 2X

# Jawab- Sodakta wa bararta 1X

Allahu akbar Allahu akbar 1X

# Jawab- Allahu akbar Allahu akbar 1X

Laa ilaha il-lallah 1X

# jawab- Laa ilaha il-lallah1X

SOALAN Anda dikehendaki memperdengarkan Iqamah dengan betul dan sempurna.

JAWAPAN Berdiri menghadap Qiblat. Menyebut lafaz Iqamah:

Allahu akbar Allahu akbar 1X

Asy hadu al-laa ilaha il-lallah 1X

Asy hadu anna Muhammadar Rasulullah 1X

Haiya alas solah 1X

Haiya alal falah 1X

Qad qaa – matis solah 2X

Allahu akbar Allahu akbar 1X

Laa ilaha il-lallah 1X

SOALAN Dengar Iqamah dan jawab dengan betul dan sempurna.

JAWAPAN Allahu akbar Allahu akbar 1X = lafaz sama

Asyhadu alla ilaha il-lallah 1X = ,,

Asy hadu anna Muhammadar Rasulullah 1X = ,,

Haiya alas solah 1X = Laa haula wala quata

Haiya alal falah 1X = Laa haula wala quata

Qad qaa matis solah 2X = Aqa mahallahu wa-ada maa dam-matis samawati wa ard, Waja alani minas solihi ahliha

Allahu akbar allahu akbar = lafaz sama

Laa ilaha il-lallah = lafaz sama

SOALAN Anda dikehendaki membaca doa selepas Azan dan Iqamah

JAWAPAN Allahumma rabba hasihid dakwatit tam-mati was- solatil qaa imah,

Aa-ti saidina Muhammadanil wasiilatah, wal- fadhilah,

Wab ashul maqaamam mahmudanil lazi wa- adtah.

KOD 10 SOLAT FARDU

SOALAN Anda dikeendaki memperdengarkan (Tasmi’) bacaan-bacaan berikut:

JAWAPAN a. Lafaz niat solat fardu

SUBUH Usalli fardas subhi rak ataini ada an lillahi taala

ZUHUR Usalli fardaz zuhri ar baa raka-atin adaan lillahi taala

ASAR Usalli fardal asri ar baa raka-atin adaan lillahi taala

MAGHRIB Usalli fardal maghribi salaasa raka-atin adaan lillahi taala

ISYAK Usalli fardal isya-I ar baa raka-atin adaan lillahi taala

Takbiratul IhramAllahu Akbar

c. Doa Iftitah

Allahu akbar kabiira, walhamdu lillahi kasira,

Wasubha nallahi bukratau wa asiila,

Waj jahtu wajhiya lil lazi fataras samawati wal ard,

Hanifam muslimau wama ana minal musyrikin,

Inna solati wa nusuki wa mah yaya wa mamati

Lillahi rabbil aa lamin,

Laa syarii ka lahu wa biza lika umir tu wa ana minal muslimin.

Surah Al FatihahSurahBacaan RukukSubhana rabbiyal azimi wabi hamdihBacaan IktidalSami ‘allahu liman hamidah, Rabbana lakal hamduBacaan SujudSubhana rabbiyal a’-laa wabi hamdih

i. Bacaan Duduk antara dua sujud

Rabbigh firli, warhamni, waj burni, warfakni, war zukni, wahdini, wa afini, wak fu anni

bacaan TahiyatAt tahiyatul mubarakatus solawatut tai baatu lillah

Assalamu alaika aiyuhan nabiyu warah matullahi wabarakatuh

Assalamu alaina wa ala ibadil lahis soolihin

Asy hadu alla ilaha illallah

Wa asy hadu anna Muhammadar rasulullah

Allahumma solli ala saidina Muhammad

Bacaan tahiyat Akhir

(Baca semula bacaan tahiyat di atas dan sambung bacaan di bawah.)

Wa ala aali Muhammad, Kama sollaita ala Ibrahim, Wa ala ali Ibrahim, Wabarik ala Muhammad, wa ala ali Muhammad, Kama barak ta ala Ibrahim, wa ala ali Ibrahim

Fil alamin , innaka hamidum majid.

SalamAssalamu alaikum warah matullahDoa QunutAllahummah dini fiman hadait

Wa afini fiman afait

Wa tawal lani fiman tawal lait

Wawaba rikli fi ma a’tait

Wakini syar rama qadait

Fa innaka taqdi wala yukda alaik

Wa inna hu laa yazillu man walait

Wala yaizzu man adait

Taba rakta rabbana wata alait

Falakal hamdu ala maa qadait

Wa astaghfirka wa atuubu ilaik

Wa sollallahu ala saidina Muhammadin wa ala aa lihi wasoh bihi wasallam

SOALAN Anda dikehendaki melakukan cara solat dengan betul dan sempurna (soalan ini hanya layak dijawab / dilakukan apabila calon telah berjaya menjawab soalan 10.1 di atas)

JAWAPAN Calon/pelajar melakukan solat dengan betul dan sempurna.

KOD 12 PUASA

SOALAN Sebutkan lafaz niat puasa Ramadhan dan nyatakan ertinya.

JAWAPAN Lafaz niat puasa Ramadhan:

Nawaitu sauma ghadin an ada-I fardi syahri ramadhana hazihis sanati lillahi Taala.

( Sahaja aku berpuasa esok hari, menunaikan puasa fardu Ramadhan tahun ini kerana Allah taala)

SOALAN Sebutkan perkara yang membatalkan puasa.

JAWAPAN Perkara yang membatalkan puasa ialah:

makan atau minum pada siang hari dengan sengaja.Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badanMuntah dengan sengajaMelakukan persetubuhan pada siang hariMengeluarkan mani dengan sengajaKeluar darah haid dan nifasGilaMabuk atau pengsan pada siang hariBerbuka puasa sebelum masuk waktu maghribMurtad

SOALAN Nyatakan hikmat puasa.

JAWAPAN Antara hikmat puasa:

Mengukuhkan Iman dan Taqwa kepada Allah.Membentuk sifat-sifat mulia seperti sabar, berdisiplin, bertimbangrasa,Dan bersyukur.Dapat menjauhkan diri daripada segala dosa dan kejahatanMendapat kesihatan dan kecerdasan.

KOD 13 ADAB TERHADAP IBU BAPA.

SOALAN Terangkan jasa dan pengorbanan ibu bapa yang mesti dikenang oleh seorang anak

JAWAPAN Jasa dan pengorbanan yang mesti dikenang oleh seorang anak ialah:

mengandungmelahirkanmenyusukanmengasuhmendidikmemberi nafkahmengasihi

SOALAN Apakah perasaan mulia yang mesti ada pada seorang anak terhadap ibu bapa

JAWAPAN Perasaan mulia yang mesti ada pada seorang anak terhadap ibu bapa ialah kasih sayang

SOALAN Bagaimana cara menghormati ibu bapa

JAWAPAN Cara menghormati ibu bapa :

beradab sopan seperti bercakap baik, berlemah lembut, bergaul mesra dan sentiasamenjaga perasaan mereka.mendoakan merekamenziarahi mereka, sekiranya anak tinggal di tempat berasinganmenghormati sahabat-sahabat mereka

SOALAN Bagaimana cara mentaati ibu bapa.

JAWAPAN Cara mentaati ibu bapa

Patuh setiap suruhan ibu bapa yang tidak bertentangan dengan ajaran IslamTidak membantah atau kasar tutur kata terhadap ibu bapa

KOD 15 IHSAN

SOALAN Apakah yang dimaksudkan dengan Ihsan.

JAWAPAN Melakukan ibadah kepada Allah dengan sebaik-baiknya seolah-olah kamu melihat Allah Melihat kamu. Iaitu:Allah melihat apa yang anda lakukanAllah mendengar apa yang anda perkatakanAllah mengetahui apa yang anda fikirkan

SOALAN Sebutkan sifat utama dalam Ihsan.

JAWAPAN Sifat utama dalam Ihsan ialah Ikhlas semata-mata kerana Allah.

SOALAN Apakah kebaikan yang diperolehi oleh orang yang berbuat Ihsan.

JAWAPAN Kebaikan yang diperolehinya ialah:

Allah sentiasa mengasihinyaJaminan masuk syurgaAllah mengampuni disanyaDapat pahalaMendapat rahmatNyaDapat pertolongan Allah



Bab 2 :-Mencuci kemaluan bagi lelaki dan wanita yang betul.
----------------------------------------------------------


Cara mencuci kemaluan dengan betul .Sememangnya, kita mencuci dengan bersih tapi bersih bukan bermakna cara kita tu betul. Penting untuk kita pastikan diri kita bersih terutamanya di bhgian sulit. Selain untuk menjaga kesihatan ia juga penting untuk memastikan amal ibadat kita seharian di terima.Kenapa penting untuk kita bersihkan kemaluan kita dengan betul? Ramai orang merasakan diri mereka cukup bagus dengan banyak amal ibadah bersedekh dan lain lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka. Saidina Abu Bakar pernah hndak menymbhyangkan mayat seorang lelaki tetapi tiba2 tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu.Lalu disruhnya orng mmbukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu. Saidina A.Bakar mncabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba2 berkata-kata, Katanya” Apakah salah ku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan” Diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.Jadi macam mana kita nak bersihkan diri dengan cara yang betul? Lelaki dan wanita berbeza caranya. Bukan basuh sekadar dengan air dan asalkn bersih je. Ada caranya…. lelaki: Selepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing betul betul sudah habis keluar.Lepas itu urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlh dgn air sebersihnya. kaum wanita pula: Apabila mmbsuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusing kan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu. Betul atau tidak cara kita selama ini ? Kalau yang tak betul tu jom sama sama betulkan supaya diri kita bersih dengan cara yang betul. Dijanjikan neraka utk mereka yg tidak menyucikan diri dengan sempurna baik hadas kecil/hadas besar. Rasulullah bersabda : "Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala..moga semua memperolehnya. Aminn.



Bab 3:-

Mencuci Pembalut, Wajibkah?

-----------------------------------------------------





Cara-Cara Membasuh Tuala Wanita Tahap Paling Enteng


Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Wanita dan haid dua perkara yang tidak dapat lari dari mereka. Ibarat isi dan kukulah lagaknya. Hari ini ingin memberikan panduan bagaimana mencuci tuala wanita dengan betul. Tuala wanita yang ingin fokuskan kali ini adalah jenis tualan wanita yang siap di pakai jika ada perasan tualan wanita yang mempunyai sayap kira dan kanan “wings” atau jenis ini.
Sebagai orang islam kita di galakkan menjaga kebersihan sungguhpun kita di datangi haid. Bagaimana panduan untuk mencuci tuala wanita :-
  • Halakan tualan wanita anda ataupun pad di atas pili air yang dengan kadar minima.
  • Selawat dan bersihkan bahagian darah terlebih dahulu sehingga warna merah itu berkurangan tidak jelas kelihatan. Perahkan dan ulangi langkah ini beberapa kali.
Cara-Cara Membasuh Tuala Wanita Tahap Paling Enteng
Kebersihan itu separuh daripada iman
  • Alirkan air bersih beberapa kali padatuala wanita anda dengan membasuh kesemua permukaan tersebut.
  • Jika di pejabat anda mempunyai pencuci tangan ataupun pewangi maka titiskan ia di atas tuala wanita anda basuh dan bilas beberapa kali sehingga hilang bau, rasa dan warnanya. Sekiranya tiada gunakalah sabun yang anda bawa dari rumah. Andaikata tiada anda di galakkan membasuh seperti biasa yang pasti hingga hilang bau dan kesannya.
p/s:Ada juga sesetangah dari kita mengoyakkan diatas permukaan tuala wanita dengan tujuan untuk membuang gel ataupun kapas. Tapi terlebih dahulu basuhlah ia seperti kaedah di atas dan kemudian barulah gel atau kapas itu di buang kedalam mangkuk tandas. Manalaka bahagian atas tuala wanita itu di basuh seperti biasa di bungkus dan kemudian dimasukkan ke dalam tong sampah ataupun tempat khas membuang tuala wanita.
Kesimpulannya:
Mengapa kita digalakkan membasuh dan membersihkan tuala wanita dengan pewangi ataupun sabun hingga hilang bau kerana di khuatiri tuala wanita yang bakal di buang ke dalam tempat pembuangan sampah akan di datangi oleh haiwan seperti anjing, burung, kucing dan sebagainya. Namun begitu ia tidak menjadikan satu kesalahan jika anda tidak melakukannya yang penting kita mestilah menjaga barang ini dengan baik sebagaimana  Allah menurunkan keistimewaan ini pada kita.
Wahualam.

Redha illahi (buang yang salah ambil yang benar)


Asalamualaikum..



Mana yg lebih afdal?hubungan yg berlandas nafsu atau kasih sayang?bila di fikirkan keduanya penting bagi setiap pasagan,pernah kita terpikir apa yang di maksudkan?...menjurus kepada hubungan yang semua orang tau akan halnya itu,pernah di pikirkan kedudukan kita di tahap yang mana?bgaimana yang menjuruskan kita untuk miliki landasan landasan tersebut?pernah terpikir oleh kita bagaimana caranya untuk kita memiliki landasan tersebut yang di redhainya?topik ini memang agak sensetif takut saya itu di kecam kerana saya sedar tahap saya sebagai penulis biasanya, bebas yang tidak bertauliah,bejihad dan berkogsi atas pahaman sendiri apa yang di maksudkan (BUANG YANG SALAH AMBIL YANG BENAR)cuma Allah saja yang mengerakan jejari ini menaip untuk seberkas pedoman yang selama ini kita tidak pernah sedar siapa kita di sisinya,memang topik agak simple dan agak tidak begitu besar bagi kita semua, mkna yang tersirat dan tersurat itu yang patut kita ambil dan jadikan jalan hidup untuk pedoman kita semuanya,berbalik kepada tajuk utama itu sendiri menyedarkan betapa kita itu kadang kadang,jarang-jarang untuk mengambil iktibar atau langsug tidak ketahuan,kita di suruh bekasih sayang di dunia ini tidak kiranya siapa mereka,sayang lah kita kepada keluarga,sahabat,dia tidak pernah mengatakan tidak untuk Ke jalan memberikan kasih sayang dan menerima kasih sayang,berbahagilah kasih sayang manusia kepada manusia degan keikhlasanya dari hati yang sememangnya ada di letak di setiap sekeping hati,jadi bagaimana tentag pejalanan nafsu kita itu kepada manusia itu sendiri yang harus di ingat,perlukah memberi sayang berlandas nafsu yang menjurus kepada terpesongnya akidah?menimbulkan kemaksiatan dengan selamba melakukan tanpa pikirkan kita di perhatikan di setiap langkah,tak malukah kita tanpa segan silu melakukan dan melangar batasan yang di landaskan kepada kita?kita semua tidak lengkap maka pernahnya kita melanggar landasan itu,haruskah sudah tau masih melakukan?Allah itu penyayang sentiasa menunggu kita semua untuk sedar,kita itu sabar tapi sabar yang sabar masih besabar untuk pebetulkan keadaannya sehigga Allah titipkan noda hitam itu hingga lupa dan Alpa selama itu tidak bergunanya lagi, Allah itu lagi sabar dari yang sabar,dia yang empunya kuasa dan dia yang empunya kerajaan,dia yang menghidupkan dan dia yang mematikan,tpi sabar dia ada batas bila tiba saat tiada sabar untuk dia menghunuskan kepada kita bila dia empunya empayer ini musnah dan hancur maka yang kekal di sana dia akan tidak sabarnya lagi menghitung di setiap penjurunya,tidak seperti kita semua bila di uji berlebihan kita total kuat (bagi yang beriman)tapi dia itu sabar yang bertahap yang bagaimna?sabar dia yang tiada peghujungnya!,masih besabar menunggu sehingga kehancuran muka bumi INI?mustahil itu terjadi..mahu menuggu dunia ini di tiup sangkakala baruan sedar?sudah terlambat kita semua..menagis tiada guna menyesali tiada ertinya..oleh itu mari kita semuanya buka mata,buka hati,bersihkan Jiwa rohanimu,serahkan diri sepenuhnya kepada dia yakin kewujudannya,yakin kekuasaannya, maka Allah itu penyayang lagi memaafkan,maha besar lagi maha mengetahui,yakin pasti taubat kita di nilai,maka sudah terang lagi di suluh..Marilah kita perbetulkan apa yang tidak betul sebelum berakhir kisah pentas ciptaanya yang sementara yang kekal di sana akhirat yang ada pintu-pintu surga dan neraka,pilihan di tangan kita sendiri,tapi sanggup kah Ke neraka?yang kita tahu isinya..rugilah kita kerana kekufuran sendiri,sudah tertulis islam di sana diamnya..selepas di cucikan dosanya di neraka,tapi sanggupkah kita wlu sehari beribu abad azab kesakitanya,sedikit api terkena di jari di dunia kita sudah bunyi aduh! Sakitnya..di sana bagaimana?tidak terlintaskah kita terus ke syurga tanpa dosa berat yang masih di lakukan?makanya tepuk Dada dan tanya selera..tidak berniat belagak pandai,bekogsi besama atas kebolehan yang di anugerahkan untuk mengasah bakat terpendam dalam penulisan biasa biasa.Allahualam~Buang yang salah ambil yang benar~™(Nukilan iklas Dari pejuang agama atas pahaman sendiri)-Ozielys

Rabu, 16 Disember 2015

Bab iklas(muhasabah diri dan bersihkan hati)bab1

Assalamualaikum ya sahabatku sekalian marilah berkogsi apa yang patut,saya juga seperti kalian hanya manusia biasanya,yang masih mencari jalan Ke surgawi itu...,mencari redha illahi"
Bismillahirohmanirrohim... Buang yang "salah ambil yang benar"apa yang kamu fikirkan?tentang mencari redha illahi itu,buka lah mata hati,tajamkan mindamu..apa tujuannya kita di dunia ini?hanya untuk memikirkan duniawi?pernah di fikirkan tentang apa yang di maksudkan degan keikhlasan mu terhadap Allah taala?tiada upayanya kita itu mengaharap imbalan di atas apa jua yang di lakukan demi suruhannya,menyembah diri kepadanya seperti mengharapkan sesuatu itu adakah itu di namakan 'iklas"?buat lah segala perintahnya dengan satu tujuan yakni satu tagungjawab yang wajib di lakukan oleh setiap umatnya sudah pasti itu baru benar keiklasannya,pasti Allah itu melihat dan sendirinya dia memberi tanpa kita mengharap,iklas lah membuat kebajikan,kebaikan atas satu tangungjawab pasti beroleh keiklasan sebenarnya,andai kita belum berjumpa apa yang di maksudkan iklas itu pasti masih juanya melakukan segala larangannya,iklaskan hati mu degan cara yang benar ,buka hatimu serahkan segalanya hanya kepada Allah,semua kerana Allah,semuanya ALLAH PUNYA!.. Iklaskan diri yakin dan pastilah semua Allah punya....tiada apa yang dipunyai oleh kita itu hanya manusia yakni hambanya,iklas lah atas segalanya,iklas lah berkata-kata...iklas lah melakukan...iklaslah memberi...kerna kita semua tiada haknya di atas semua pemberiannya yakni sementelaah saja,esok lusa kita tidak tahu dia ambil semula,tidak besalahkah kita itu kepadanya ingin memunyakan sesuatu yang di beri hanyalah sebuah pinjaman.maka iklas kan hati juga diri untuk membersihkan hati...buangkan sikap hasad dengki,tamak dan haloba,khianat,busuk hati,mengadu domba juga fitnah serta jauihi dari umpat megumpat,caciu mencaci,pendusta, busuk hati serta buangkan segala sifat yang terkeji ini seperti taksubnya hidup di dunia,jauhkn diri kita ini dari melakukan dosa dosa kecil,juga dosa dosa besar,buatlah amalan baik degan yang betul-betul iklasnya kita itu kerana Allah yang empunya segala.buat lah kerana kewajipan kita sebagai hambanya kepada pecipta.
       Jauhkn dendam..jadilah seorang yang pemaaf,jauhkan dari buruk sangka terhadap manusia. Keluarkan penyakit kotor yang berada di dalam hati...

      Jika siapa sudah mendapat obat         hati ini nescaya bersihlah jiwa dari                kekufuran,ya benaran                      itu...bagaimana pula degan sesetengah pihak yang sudah mendapat obatnya hati itu masih tidak mengenal maha peciptanya?masih lagi duduk-duduknya di kedai kopi sambil bergosip tentang si polan dan sipolan,begitu dan begininya menghukum sipolan?tiada gunanya jika masih meragkak dalam terangnya..baru benaran yang di katakan peribahasa itu..sudah terang lag i bersuluh seperti juganya melepaskan batuk di tangga,buat tapi tidak mengerti apa2,Allah murka pada yang menipunya seperti berkata...aku itu sudah beriman!berimankah kita itu masih tidak mengenal siapa aku,siapa diri bagaimana mau mngenal dia si pecipta? Sudah benaran amalannya cukop amalannya tapi masih juga melakukan laragan?maka itu bukakan hati iklaskan hati dan serahkan diri kepadanya maka barulah di katakan beriman yang benar-benar beriman.
     Sepertinya melakukan ibadah itu tiada iklas seperti taksub pada diri seolah sudah beriman makanya carilah mengapa terjadi situasi begini?benarkah kita itu iklas melakukan ibadah?iklas yang bagaimana jika masih mau membuat hanya kerana mau pahala,seperti sedia maklum solat itu juga di nilai betul atau tidak bacaannya,maknanya di dalam solat itu kena tau,makanya jangan ingat mudah kita terlalu mengharapkan balasan kepada pentadbir kita itu,kusyuk dan tawadhok kah kita itu semasa mengerjakan solat?sehinggakan terus yakin kita itu mendapat pahala? pahala yang di cari maka mana mungkin kan terjadi..dosa dan pahala itu dia yang perhitungkan dan di nilai juga ibadah yang di kerjakan.Allah itu maha penyayang,kita ini sebagai hamba buat saja kerana kewajiban yang di tuntut dalam alquran dan hadis.maksud bagai di kata yaitu ibadat yang kita buat akan di beri pahala oleh Allah akan  tetapi kita itu tidak perlulah taksub kernanya cukop sahaja amalan tapi tiada mengenal Allah itu juga tiada gunanya..jika sudah mengenal dia kita itu insyaallah akan bahagia dunia dan akhirat walaupun badai mendatag menguji kesabaran dan keimanan kita dapat menepisnya degan redha illahi
        Bersihkan juga dari sifat menyalahkan orang lain dan buang lah sifat masih mencari salah manusia lain seolah kita itu seperti layaknya saja menghukum manusia lain sedangkan kita sama saja manusia.buat sahaja apa yang di minta,tingalkan segala laragannya baru benar bagai di kata yang kita mendapat obat untuk hati yang benar dan bersih jauh dari sengketa,segala kekotoran dan segalanya penyakit hati itu pasti terhapus.
      Takutlah kepada Allah..lakukan degan keiklasan yang benar bukan kerana mau mendapat imbalan,kita itu lakukanlah ibadah degan ikhlas dan tawadhok pasti ganjaran itu di berikan, kerana takut balasan Allah taala itu jika kita engkar akan suruhannya pasti rasa ikhlas akan hadir.
      Takutlah kepada keengkaran kita sendiri yang tidak iklas melakukan ibadahnya kerana terpaksa semata nak mengumpul pahalanya sahaja tanpa mau mengerti Islam yang sebenarnya,lapangkan dadamu percayalah kekuasaannya itu benar.~wallahualam(nukilan iklas atas pahaman sendiri kerana Allah taala)berkogsi apa yang patut untuk kebaikan bersama sahabatku sekalian..astagfirullah...Allahumma ajirnaminnannar(Ya Allah lepaskanlah kami dari api neraka)-jihad di kaki sendiri atas pahaman sndri ambil yang benar buang yang salah-ozielys 2:58pm khamis/17/12/2015