Ahad, 10 Januari 2016

MUHASABAH DIRI MEMBAWA KEBERUNTUNGAN.



Asalamualaikum

Niat melakukan kebaikan dan keburukan.


Hadis Ketiga Puluh Sembilan

39- عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيمَا يَرْوِي عَنْ رَبِّهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى قَالَ إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ ثُمَّ بَيَّنَ ذَلِكَ فَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً وَإِنْ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عِنْدَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ إِلَى أَضْعَافٍ كَثِيرَةٍ وَإِنْ هَمَّ بِسَيِّئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً وَإِنْ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ سَيِّئَةً وَاحِدَةً. (البخاري ومسلم)

39- Dari Ibnu Abbas r.a., dari Nabi s.a.w, mengenai apa yang disampaikannya dari Tuhannya (hadis Qudsi), sabdanya: "Sesungguhnya Allah telah menetapkan kebaikan dan kejahatan, kemudian Ia menerangkan yang demikian, iaitu sesiapa yang tergerak hatinya hendak melakukan sesuatu kebaikan, kemudian ia tidak melakukannya, nescaya Allah menuliskan gerak hatinya hendak melakukan itu satu kebaikan yang sempurna sisiNya (selagi ia tidak berniat hendak meninggalkan membuatnya); dan jika orang itu tergerak hatinya hendak melakukan sesuatu kebaikan, lalu dilakukannya, nescaya Allah menuliskan kebaikan itu di sisiNya dengan sepuluh hingga tujuh ratus kali ganda, (bahkan) sehingga sampai berganda-ganda banyaknya dan jika seseorang tergerak hatinya hendak melakukan sesuatu kejahatan, kemudian ia tidak melakukannya (kerana Allah), nescaya Allah tukarkan kejahatan yang tidak dilakukan (keranaNya) itu menjadi satu kebaikan yang sempurna di sisiNya dan jika tergerak hatinya hendak melakukan kejahatan itu, kemudian ia melakukannya, nescaya Allah menuliskannya satu kejahatan sahaja."

(Bukhari dan Muslim)

Hadis yang ketiga puluh sembilan ini menerangkan bahawa:

(1) Kebaikan dan kejahatan, Allah jua yang menetapkannya.

(2) Niat seseorang ada nilainya.

Huraiannya:

(1) Soal kebaikan dan kejahatan:

Boleh dikatakan semua orang suka kepada perkara-perkara yang baik dan bencikan perkara-perkara yang jahat, tetapi soal baik dan jahat tidak dapat ditentukan oleh manusia dengan tepatnya, kerana masing-masing mempunyai tabiat dan perasaan hati yang berlainan maka berlainan pula pertimbangan tentang perkara yang baik dan yang jahat itu.

Dengan yang demikian, maka kebaikan dan kejahatan itu hanya Allah yang menentukannya, kerana Allah jualah yang mengetahui hakikat sesuatu perkara dan yang menentukan hukumnya serta memberi balasan mengenainya.

(2) Nilaian Niat:

Dalam hal melakukan kebaikan dan kejahatan, niatnya sahaja pun sudah ada nilainya. Orang yang berniat hendak melakukan sesuatu perkara yang baik tetapi ia tidak melakukannya, maka Allah Taala memberi kepadanya satu kebaikan yang sempurna kerana kejayaannya menentang dan membatalkan niatnya yang jahat itu sehingga ia tidak melangsungkan kejahatan yang diniatkannya.

Balasan Allah Taala yang demikian ialah sebagai menilai niat seseorang. Mengenai amal perbuatan maka lain pula nilainya. Tiap-tiap satu amal kebajikan, diberi - sekurang-kurangnya - sepuluh kali ganda, manakala tiap-tiap satu amal kejahatan dibalas dengan satu kejahatan sahaja.

Dengan ini nyatalah setakat mana melimpahnya kemurahan Allah Taala kepada setiap hamba-Nya.




-----------------------------------------------------------


Semoga Kita sentiasa di berkati di dalam setiap apa jua keadaan,sentiasalah bertawakal kepada sang pecipta,hentikan perasaan atau sangkalan yang tidak elok kepada manusia lain kerana kita tidak selayaknya memandai tanpa ketauan yang benaran seolah hanya pandai dan hanya nampak salah orang lain sehinggakan salah sendiri nampak nyata masih tidak sedar-sedarkan diri,tujuan hanya ingat mengingati sesama kita dan ingin menambah pegetahuan yang ada kepada sekalian kerana semua ilmu Islam itu Allah yang punya,kelebihanmu adalah kekuranganku,dan sebaliknya.marilah ke isi yang sebenar.wallahualam.
ISI-ISI DI DALAM TAJUK-SELAGI HIDUP MASIH MAUNYA MENYALAHKAN ORANG LAIN,MASIH MAU MENCARI SALAH ORANG LAIN SEHINGGA SEPERTI MAU MENGHUKUM SESAMA MANUSIA.
*MENIPU
*MENCURI
*PEKERJAAN YANG HINA
*PENGKID DAN PONDAN(NALURI BERKATA BENAR)
Jangan menyalahkan orang lain,itu antara mereka dan sang pecipta,buruk dan baik seseorag hanya Allah maha mengetahui. Sepertinya kita itu hanya Allah yang menilai buruk baik kita,Allah itu maha mengetahui sebab dan musabab yang kita di aggap oleh orang sekeliling itu tidak betul,tiap benda yang di lakukan bersebab.bila di kaji setiap yang di lakukan pasti beralasan dan bersebab contohnya menipu,sesuatu penyakit yang di rahsiakan,bla di tanya lantas mengatakan tiada penyakit.si polan yang tidak mahu keluarga tau kerana di khuatiri susah hati lebih-lebih ibu yang sudah uzur maka ini di namakan penipuan yang tidak nyata.berlainan pula dengan menipu yang nyata dan terang-terang seperti si polan mempunyai ibu dan bapa yang masih hidup tetapi bila di Tanya adakah ibu dan bapa masih hidup?maka si polan terus mengatakan mereka sudah meninggal dunia.ini juga perbuatan yang bersebab...perbuatan yang x bermaksud juga bersebab dan perbuatan yang terang menipu juga bersebab..kenapa kamu menipu bahawa ibu dan bapa yang masih hidup di katakan sudah meninggal?jawab si polan,bukan mereka yang membela saya maka saya tidak pernah bersua muka maka bagi saya dia sudah tiada.ataupun mengatakan ibu dan ayah tidak mau menjaga saya dan saya membenci mereka,(menipu dengan niat)ini juga bersebab(membenci ibu dan bapa sendiri-salah yang nyata),kadang kala sesuatu Yang di katakan dan di lakukan mengundag salah yang melibatkan banyak pihak seperti mungkin petama salah kepada Allah,kedua kepada ibu dan bapa(salah kerana tidak ikut ajaran Allah(derhaka)salah kerana menderhaka(membenci ibu bapa)salah kerana menipu (yang nyata),walaupun kita hanya tahu salah itu kerana menipu tetapi bila di nilai dan di perhitungkan maka yang benaran akan terbuka kesahihannya,memang Islam itu mudah tetapi jangan memudahkan tanpa bukti.di kenyataan tersebut dapatlah kita lihat betapa besar ,kesalahan yang di buat?tiada satu hal yang dapat di sembunyikan kepada Allah.wallahualam.maka kalau fahaman ini salah maka kamu juga salah dan maafkan hambamu ini ya Allah andai hal ini tidak benar,hamba yang sentiasa bertawakal kepadamu.

Antara penipuan yang nyata itu ialah menipu tentag kesahihan sesuatu maksud yang tersurat dan tersirat.
Manakala penipuan yang tidak nyata bekisar tentang menipu tentang  perasaan kepada perasaan(tidak dengan niat hanya menjaga hati dan perasaan orang lain)Seperti contoh penipuan yang nyata(Dengan niat-memang suka takabur,sikap menipu yang memang ada dalam diri,menambah cerita yang ada menjadi bertambah sensasi,bangga diri dan hidup sentiasa berlagak dan mengada ada kan cerita dan mereka reka cerita yang tak penah berlaku pun dalam hidup dia)(bersebab juga)-sebab memang peragai dan sikapnya yang tidak pernah mau menyedari kesalahannya dan penipuan degan niat kerana terpaksa(niat nak menipu kerana terpaksa melakukan)
Apa pun alasan di atas kata-kata penipuan ini tetap juga di anggap menipu,walaupun tidak berniat seperti tidak mahu keluarga risau akan sakit yang di alami,beserah dan tawakal banyak pada Allah meminta ampun dan maaf padanya tentang kesalahan menipu yang tak berniat hanya sekadar ingin merahsiakan.iya kan hidup ini kadang kala perlu di rahsiakan tentag aib-aib kita juga tentag benda yang boleh membawa Ke arah fitnah dan umpatan.maka Allah itu melihat dan menilai di setiap kata yang terhambur
Semua yang di lakukan,dikatakan semua bersebab seperti contoh sesuatu perkara yang di lakukan seperti Makan,sebab lapar.tido sebab mengantuk,pen at.garu apabila gatal,ape pun di lakukan pasti bersebab dan alasan.
Beberapa contoh yang di kemukakan ini menjadi iktibar untuk Kita Ke arah yang lebih baik supaya kita itu tidaklah sewenangnya sentiasa menilai dan menghukum manusia.
Juga contoh seperti mencuri...adakah ini juga beralasan?iya benaran itu juga bersebab contoh sipolan mencuri makanan di kedai A,kerana lapar(bersebab)tiada sesen duit dan tidak bekerja di sebabkan faktor umur dan kesihatan lantas majikan tidak terima bekerja juga  (bersebab).kerja tidak dapat kerana Allah tak bagi rezeki(bersebab), sebelum ini pernah merayu dan meminta sedikit makanan di kedai si A lalu si A memukul dan menghalau seperti anjing juga (bersebab)jadi ini kali kedua Aku datang tapi aku itu tidak minta izin dan Aku beserah pada Allah yang aku tidak dapat menahan sakitnya perut ini kerana ada penyakit gastrik dan perlu di isi lantas Aku mencuri senyap-senyap tanpa si A tahu, kerana kalau minta terangan si A sedikit mknan dia akan memukul dan mrnghalau,juga (bersebab)(tidak niat mencuri tetapi terpaksa)
Jagan kerana pencuri itu pekejaan yang hina di mata kita maka kita sewenang membuat andaian sendiri,apa saja di lakukan baik atau buruk ada bersebab maka di atas sebab dan musabab itu Allah yang menilai.Allah melihat maka belum tentu dalam kejadian si A memukul dan menghalau peminta sedekah itu mulia atau si A dapat tau sipolan mencuri 2 atau 3 hari selepas kejadian si A  mencari si polan untuk di pukul kerana mencuri(belum tentu si A mulia dan tak berdosa)memang dia bersebab memukul si polan tetapi mengapa kita sebagai manusia kepada manusia bersikap kejam dan bersifat terlalu menghukum.
Bila di kupas ini lah kenyataan yang selalu kita lupa dan alpa sehingga sentiasanya mencari salah dan betul seseorag menilai tanpa menggunakan akal yang di beri dan di gunakan degan baik...memang nampak biasa-biasa saja akan hal ini...maka kalau si pencuri itu di tangkap polis kerana mencuri makanan itu bagaimana ya?juga( bersebab),si A telah mengadukan kepada pihak berkuasa,di sini teryata si pencuri tu sudah jatuh di timpa tangga..kejam sungguh manusia menghukum manusia tanpa bukti Tanpa memandag bukti yang tersirat...kerana salah yang tersurat yang nyata sahaja di pandang.
Kesimpulan di sini(jadilah seorag yg pemaaf dan suka bersedekah)ingat kenapa si polan tidak dapat kerja?rezki itu Allah yang punya.Allah menguji setiap hambanya..manalah tau Allah itu mahu  menguji si A dengan menghantar si  pencuri,walaupun pencuri itu yang sebenar tidak berniat yang terlalu jahat,bole juga dalam situasi si pencuri sepatutnya tidak mencuri dan sebagai manusia biasa kita harus redha,macam mana lapar tak makan pun jagan mencuri.(tapi kita sebagai manusia biasa yang semampu dan selayaknya menjalankan sebagai hamba yang kita tidak juga setanding nabi muhammad itu sendiri) .Dalam hal ini bukan semua perilaku yang nampak baik di mata kasar kita itu benar,dan bukan semua perilaku yang buruk di mata kasar kita salah,semua ini rahsia Allah,apa pun dalam situasi apa pun kita sentiasalah bertawakal kepada Allah subhanahuwataala...berbalik kepada topik.
Maka layaknya di hukum penjara berbulan atau bertahun?
Tiada usul periksa mengapa dan kenapa dia melakukan?ini lah hukum dunia tidak selayak tarafnya hukum di akhirat iaitu hukum Allah.bermacam tujuan maksud seseorang individual ada melakukan mencuri degan niat-malas bekerja.mencuri tidak berniat kerana di paksa sesuatu sindiket(tak dapat lari dari cengkaman gangster).mencuri kerana terpaksa Allah memang belum bagi rezki dan memang tiada langsung pemberian dari pihak berwajib.ini contoh perilaku yang berniat melakukan atau tidak niat melakukan.
Manusia yang hinanya di sisi Allah membuat andaian-andaian sendiri tanpa rasa takut dan bersalahnya kepada sang pecipta,ingat kerana benda yang di anggap remeh temeh ini lah yang akan di perjawabkan bila di persoalkan.takutlah kepada Allah jangan selayaknya kita seperti tahu benar dan yakin akan hukum hakam Allah itu(wallahualam).
Contoh penipuan yang lain seperti memakan duit anak yatim piatu itu sahih salahnya(tapi di nilai dari niatnya,samada sengaja melakukan atau sebaliknya,atau mengunaka sementara dan bayar kembali ).
Membuat beberapa penipuan untuk mendapatkan duit anak yatim degan mengatakan untuk membeli baju dan keperluan anak yatim,kebetulan si polan terdesak memang tersangat perlukan wang maka tanpa siapa tahu dia telah menggunakan(Allah jadi saksi)ini juga bersebab.(niat menipu kerana terpaksa)
Lagi contoh penipuan,seorag kawan datang bejumpa si polan igin menyatakan hasratnya untuk meminjam sedikit wang belanjanya kerana terputusnya belanja dapur,lalu si polan serba salah kerana duitnya juga tidak cukup layaknya untuk di pinjamkan kepada kawanya dan puas dia ingin mencari jawapan yang akan di berikan supaya tidak timbul salah faham di antara mereka akhirnya dia berkata bahawa dia tidak mempunyai sejumlah yang di minta(di dalam hati maafkan Ku ya Allah aku tak sangup mngatakan yang aku punya Wang cuma tidak cukup tuk aku belanja dan aku tidak niat menipu)bersebab kerana mau jaga hati kawan.(tidak niat menipu tetapi terpaksa melakukan)
Atau sipolan memang tidak mau mengatakan aku itu tidak cukop wang mau bagi belanjanya yang mau di pinjam itu,cuma ada beberapa wang sahaja untuk belanja ku beberapa hari ini(mungkin ini kawan lamanya sudah tau sikapnya,kawannya jenis yang suka perasangka bukan-bukan seperti apelah kedekut mintaklah sebahagian dari jumlah yang ada-maka kata ini seperti mengundang fitnah.sedangkan si polan ada sebahagian mau di peruntukan beberapa hari memang tiada lebih.
Marilah Ke hal yang bekisar tentang hinanya seorag wanita yang kerjannya sebagai seorang pelacur(hinanya di mata manusia belum tentu di sisi Allah)1-terpaksa kerana desakan ekonomi.
2-terpaksa kerana faktor umur.
3-terpaksa kerana faktor penceraian.
4-terpaksa kerana sindekit(gangster).
Apa pun yang salahnya di mata kita,bila di buka 1 persatu maka di situ jawapannya:-
*Melakukan dengan niat dan terpaksa.
*Melakukan dengan terpaksa tanpa niat.
*Sengaja melakukan.
Apa pun salah tetap salah yang memang berniat melakukan kerana ikutkan nafsu yaitu sentiasa nafsu Ke arah duniawi yang memang sengaja melakukan untuk mendapatkan wang yang banyak seperti tidak bercukupan sentiasa di mata dan hati tak lepas memikirkan duit tanpa mau memikirkan dosa.
*Melakukan dengan niat dan terpaksa kerana desakan hidup,family susah,tidak mendapat sebarang pekerjaan,gaji yang terlalu murah maka terpaksa melakukan(hendaklah insaf kerana dalam hal ini hiduplah berpadanya besyukurlah atas nikmat kurnianya walaupun bekerja degan gaji murah adalah berkat,gaji yang banyak tetapi tidak berkat tiada manfaatnya.
*Melakukan kerana sindiket haram yang menjual si polan ke rumah perlacuran dan sentiasa di awasi setiap masa dan tidak dapat melarikan diri kerana terlalu merasakan jijik dan hinanya.
Disini dapat di lihat perbezaan di antara kesilapan yang sama tapi maksud yang berlainan.maka jika mereka yang melakukan sengaja dan melakukan niat dan terpaksa lantas Allah berikan hidayah pada mereka untuk insafi kesalahan dan terus bertaubat tidak melakukan maka Allah melihat dan mendegar taubatnya.
Dan pada mereka golongan yang teraniaya(yang sentiasa takut dengan pekerjaan ini dan sentiasa takutkan Allah walaupun terpaksa melakukan tanpa niat(sentiasa ingin lari tapi tiada langsung ketemui kerana sentiasa di kawal rapi)-maka Allah melihat dan menilai orang-orang yang teraniaya bukanlah salah dari mereka.oleh itu muhasabahlah Kita itu jangan terlalu menghukum dan kerana sikap Kita sebegituan maka hina lagi diri kita yang sentiasa menghina manusia lain.wallahualam.
Meski Allah melarang kita mendoakan orang lain agar celaka / dapat bencana, namun khusus terhadap orang-orang yang dizalimi / dianiaya Allah membolehkannya. Jadi saat seseorang dizalimi dan disakiti dan dia mendoakan orang yang menyakitinya agar ditimpa musibah, Allah akan mengabulkannya.
Allah swt telah berfirman:

لا يحب الله الجهر بالسوء من القول إلا من ظلم وكان الله سميعا عليما

” Allah tidak suka seseorang mengatakan sesuatu yang buruk kepada seseorang dengan terang-terangan melainkan orang yang dizalimi maka dia boleh menceritakan kezaliman tersebut ; dan Allah itu maha mendengar dan maha mengetahui.” ( 148 : an-Nisa)
Jadi meski ada orang yang kafir atau jahat, hendaknya kita tetap berlaku adil. Tidak berlebihan dan menzalimi mereka. Sebab doa orang yang teraniaya meski mereka itu kafir dan jahat, tetap dikabulkan oleh Allah SWT.
Mengenai akan halnya tentang kehidupan dan perjalanan hidup Kita ini di takdirkan oleh sang pecipta walaupun dalam keadaan apa sekalipun ada hikmah di sebalik tiap yang terjadi yang akan tetap terjadi,ada tujuan-tujuan yang Allah ciptakan untuk kita Ke arah jalan-jalannya menuju keredhaan hingga Ke akhirat,tiap takdir seseorang yang tidak dapat di sangkalkn dan di ubah di sejak azali lagi.
Bekisar tajuk dan hal seterusnya tentang lesbian(pengkid(menyerupai lelaki memakai seperti lelaki),gay( suka lelaki kepada lelaki) juga pondan atau pun mak nyah(lelaki  yang menyerupai perwatakan perempuan).
*khunsa-mempunyai raut wajah seakan lelaki(seorang perempuan)-ada 2 alat kelamin.(kelamin lelaki yang berfungsi)
*khunsa-mempunyai raut perempuan(seorang lelaki)-ada 2 alat kelamin(kelamin perempuan yang berfugsi)
Diantara keduanya yang mana berfungsi itu yang membezakan bin dan bintinya.
*perempuan yang naluri lelaki(sejak lahiriah)-jantina perempun(1 jantina)
*Lelaki yang naluri perempuan(sejak lahiriah)jantina lelaki(1 jantina)
Mari Kita lihat perbezaan di antara sebab dan musababnya;-
1-kerana faktor kromosom yang tak setabil.masih tidak cacat anggota kelamin-naluri yang berbeza di antara fitrah diri.
2-kerana kecewa dalam hidup lalu menukarkan identiti mereka.
3-kerana ada 2 alat kelamin(cacat anggota tubuh)
Naluri berkata benar biar Allah yang menjawab,kerana naluri itu adalah anugerah yang di beri,naluri lelaki dan naluri perempuan maka mengapa masih menipu diri tentang hakikat diri iaitu fitrah yang mengatakan bin atau binti?Allah sentiasa menguji hambanya walaupun pada naluri berbeza tetapi hakikat tetap adalah fitrah Kita,maka hendaklah kita memandang hakikat maka akan ketemukan jawapan,janganlah Kita itu menyerupai lelaki walaupun naluri berkata benar,benar yang bagaimana?mungkin kekeliruan identiti,atau gangguan jin?dekat kan diri kepada Allah nescaya ketemukan jawapan sebenar,tiada hadist mengatakan naluri perempuan boleh bertukar lelaki,tiada dalil mengatakan begitu,naluri bermaksud rasa,keinginan,firasat jiwa,maka tak hairan rasanya nafsu menguasai naluri itu sehingga terpedaya dengan pujukan iblis dan syaitan.hadist mengatakan di akhir zaman ini ada nya lesbian dan gay yang bernafsu sesama jenis,inilah fitnah akhir zaman,mnyebabkan fitnah masyarakat menambahhkan dosa pada kita sendiri-biarkan naluri itu kerana Allah yang bisa menjawab dan tidak perlulah mengubah luaran seperti lelaki.
Khunsa, berasal daripada perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, pengertiannya ialah orang yang mempunyai dua alat kelamin.

Khunsa

Golongan istimewa ini Allah ciptakan sebagai sebahagian bukti kekuasaan Allah. Mereka mempunyai ciri fizikal dan naluri istimewa sejak lahir.

Dari segi fiqh Islam, golongan khunsa terbahagi kepada dua iaitu khunsa musykil iaitu khunsa yang diragui dan khunsa ghair musykil atau khunsa yang tidak diragui.

Khunsa musykil adalah khunsa yang tidak langsung dapat dipastikan jantinanya kerana mereka dilahirkan tanpa sebarang alat kelamin dan hanya punyai alat untuk membuang air kecil.

Khunsa ghair musykil pula, dapat dipastikan keterampilan mereka sama ada menjurus kepada perempuan atau lelaki melalui tanda-tanda fizikal atau dipastikan jantina secara klinikal.

Harus dari sudut hukum syarak bagi khunsa ghair musykil berkahwin tetapi haram bagi khunsa musykil untuk berkahwin.

Dalam bahasa Inggeris, khunsa disebut sebagai hermaphrodite. Jumhur ulama menetapkan mereka bersolat Jumaat pada saf ketiga iaitu selepas saf kanak-kanak lelaki dan di hadapan perempuan.

Ini bukan diskriminasi tetapi peraturan dalam Islam. Samalah juga apabila Islam menetapkan saf perempuan paling belakang, ianya bukan bermakna Islam mendiskriminasikan perempuan.

Dalam solat, Imam yang paling hadapan bertanggungjawab dalam sah batalnya solat itu. Lelaki pula adalah golongan yang paling bertanggungjawab di hadapan Allah SWT nanti.

Khunsa diletakkan di barisan ketiga, melambangkan tanggungjawab mereka yang ringan berbanding lelaki bukan khunsa.

Islam menerima golongan khunsa musykil (mempunyai dua jantina), bagaimanapun menolak golongan yang mengamalkan gay dan lesbian yang jelas sekali haram di sisi agama.

Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad berkata, golongan khunsa musykil tidak meminta dilahirkan begitu kerana ia merupakan kejadian ALLAH buat mereka.

Justeru, tidak ada halangan untuk mereka memilih jantina mana mereka lebih cenderung selepas tempoh masa tertentu atau boleh dibuktikan secara klinikal.

“Kita akan lihat yang mana lebih berfungsi, dan sekiranya mereka ingin membuang salah satu jantina tersebut, ia adalah dibolehkan untuk tujuan kemudahan.

“Apa pun, mereka hendaklah mendapatkan nasihat pakar terlebih dahulu,” katanya.

Katanya, perkara ini amat serius, di mana pembahagian harta pusaka juga diambil kira mengikut jantina mana yang lebih dominan.

Menurutnya dalam mengatasi perkara ini, ibu bapa memainkan peranan penting dalam menentukan jantina anak mereka yang mempunyai masalah sebegini.

“Ibu bapa harus memberi penekanan kepada anak mereka. Sekiranya mereka lebih cenderung kepada lelaki, maka lakukan mereka sebagai seorang lelaki. Begitu juga sebaliknya,” katanya.

Namun begitu, Islam melarang sama sekali bagi golongan yang sememangnya dilahirkan sebagai lelaki contohnya, mengubah kejadian tersebut dengan melakukan pembedahan atau berpakaian seperti perempuan di samping menjalinkan hubungan sejenis.

“ALLAH melarang kita mengubah kejadian-Nya seperti terdapat dalam Al-Quran, Surah An-Nisa, ayat 119 menyebut, mereka yang mengubah kejadian ALLAH samalah perbuatannya seperti syaitan. Malah bagi mereka yang melakukan hubungan sejenis, ia sama sekali menyalahi fitrah manusia 




ISLAM MELARANG LELAKI MENYERUPAI WANITA DAN BEGITU JUGA SEBALIKNYA.

Sabda Rasulullah SAW

لعن النبي صلى الله عليه وسلم المخنثين من الرجال ، والمترجلات من النساء
الراوي: عبدالله بن عباس المحدث: البخاري - المصدر: الجامع الصحيح - الصفحة أو الرقم: 6834خلاصة الدرجة: [صحيح]

Bermaksud :Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita .(HR al Bukhary)

Sabda Rasulullah SAW

لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الرجل يلبس لبسة المرأة ، والمرأة تلبس لبسة الرجل
الراوي: أبو هريرة المحدث: أبو داود - المصدر: سنن أبي داود - الصفحة أو الرقم: 4098خلاصة الدرجة: سكت عنه [وقد قال في رسالته لأهل مكة كل ما سكت عنه فهو صالح]

Bermaksud : Daripada Abi Hurairah r.a berrkata :Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki.(HR Abu Daud)

Maksud menyerupai dalam konteks hadith ini termasuklah daripada gaya rambut , perhiasan ,penampilan , cara bercakap cara berpakian dan sebagainya
Makanya kita itu sentiasalah muhasabah diri dan sentiasa hati-hati melakukan apa saja di dunia ini sentiasa mencari salah sendiri dan sentiasa sedar perbuatan dan kata-kata kita itu kearah dosa atau tidak,sentiasa meminta ampun kepada maha pecipta,(bukan sekadar meminta ampun di tikar sembahyang sahaja).
Tawadhok(yakinlah kekuasaannya dan bersungguh dalam mengerjakan ibadahnya)
Tawakal-(serahkan segala apa yang di lakukan,kesahihan sesuatu yang tidak pasti kepada Allah semoga Allah tidak melakhnati kita.
Kerana begitu yakin kebenaran sedangkan kita tidak tau sahih akan kebenaran tersebut).wallahualam.

R
E
D
H
A

A
L
L
A
H


_______________________________________







Hukum Menabur Fitnah Dan Menyebarkan Keburukan Orang lain
*****
Rasulullah SAW menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, "Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?"
Lalu jawab Baginda, "Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!".
Kemudian beliau ditanya lagi, "Bagaimana jika apa yang disebutkan itu benar?"
Jawab beliau, "Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika hal itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (kebohongan besar)." ~ Hadits Riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi.
**
Ghibah maksudnya menyebutkan keburukan orang lain meskipun benar.
Buhtan maksudnya memfitnah dan menciptakan keburukan orang.
Orang yang mendengar ucapan ghibah juga turut memikul dosa ghibah kecuali dia mengingkari dengan lidah atau menerima dengan hatinya (yakni tidak menyampaikan cerita itu).
Bila ada kesempatan, maka lebih utama baginya mengalihkan ghibah tersebut dengan pembicaraan yang lebih manfaat.
**
Ghibah bukan hanya pada ucapan lidah, tetapi setiap gerakan, isyarat, ungkapan, celaan, tulisan atau gelar yang berbaur hinaan.
Mendengarkan ghibah dengan sikap kagum dan menyetujui apa yang dikatakannya, hukumnya sama dengan ghibah. Pahala amal kebaikan orang yang melakukan ghibah akan diberikan kepada orang yang menjadi sasaran ghibahnya.
**
Islam mengharamkan dan melarang ghibah karena bisa mengakibatkan putus ukhwah, rusak kasih sayang, timbul permusuhan, tersebar aib dan lahir kehinaan.
Rasulullah SAW bersabda: "Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya), akan dilempar ke neraka jahanam sejauh antara timur dan barat." ~ Riwayat Muslim
**
Kata "fitnah" berasal dari bahasa Arab yang berarti kekacauan, bencana, cobaan dan penyesatan. Fitnah sering dimaksudkan dengan berita bohong atau tuduhan yang diada-adakan untuk membinasakan seseorang. Al-Quran dalam surat Al-Hujarat ayat 12 jelas menguraikan persoalan fitnah.
"Wahai orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, (sehingga kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) karena sesungguhnya sebagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah sebagian kamu menggunjing setengahnya yang lain. Apakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? ( Jika demikian kondisi mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Jadi patuhilah larangan2 tersebut) dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima Taubat lagi Maha Penyayang ".
**
Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia mengucapkan kata yang baik dan kalau tidak, harus diam." ~ Riwayat Bukhari dan Muslim.
Rasulullah SAW ditanya tentang perilaku apakah yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam surga. Jawab Baginda "Taqwa kepada Allah dan keindahan akhlak, dan ketika beliau ditanya:" Apakah yang paling banyak memasukkan orang ke dalam neraka. "Beliau menjawab:" Kejahatan mulut dan kemaluan ".
Allah telah memperingatkan kaum yang suka berbohong dan berdusta di dalam firmanNya berarti: "Maka nyatalah bahwa tidak ada yang lebih zhalim dari orang yang mereka-reka perkara2 yang dusta terhadap Allah, dan mendustakan sebaik2 saja kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahwa) dalam neraka jahanam tersedia tempat tinggal bagi orang2 kafir? " ~ Surah az-Zumar ayat 32.
Allah berfirman: "Maukah Aku beritakan kepadamu, kepada siapakah syaitan2 itu selalu turun? Mereka turun ke tiap2 pendusta yang berdosa, yang mendengar sungguh2 (apa yang disampaikan oleh syaitan2 itu) sedangkan kebanyakan beritanya adalah dusta." ~ Surah asy-Syuras 'ayat 221-223.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Barangsiapa mengendalikan lidahnya (dari membicarakan kehormatan orang) maka Allah akan menutup kecelaannya (hal2 yang memalukan). Siapapun yang menahan amarahnya, Allah akan melindungi dari siksa Nya. Dan siapa yang meminta kelonggarannya kepada Allah, maka Allah akan menerima permintaan kelonggarannya. " ~ Hadits Riwayat Ibnu Abib-Duanya.
Hadis Rasulullah SAW diriwayatkan dari Hudzaifah ra berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan masuk surga orang yang suka menebar fitnah."
Allah SWT menempatkan dosa membuat fitnah lebih buruk dampaknya daripada membunuh. Firman Allah: "... fitnah itu besar (dahsyat) dari melakukan pembunuhan ..." ~ Surah al-Baqarah, ayat 217.
**
Jadi, hidup ini janganlah asyik mencari keburukan orang lain, apalagi asyik suka memfitnah demi mencari kepuasan diri agar diri berkuasa dan ingin dipercaya.
*****
Membekali akal dengan ilmu pengetahuan.
Sudah nyata dan terang akan yang di kupas melalui dalil yang benar,masihkah Kita itu masih mencari kesalahan orang lain?jika benar sekalipun manusia yang kita nilai salah itu memang benar kesalahannya juga mengundang dosa apalagilah menuduh dan menilai tanpa tau kebenaran seperti fit ah layaknya.maka lebih banyak berdiam dari berkata akan hal orang lain dan perbanyakan zikir dan bersihkan hati dari sifat terkeji dan tanamkan sifat terpuji.nukilan dan pencarian ozielys(jihad di kaki sendiri atas pahaman sendiri)mencari redha illahi buang yang salah ambil yang benar/4.18am/12/1/12/sel




2 ulasan:

  1. Akan menyusul sbugan bab ini krn faktor internet line(problem tuk update)

    BalasPadam