Jumaat, 29 Januari 2016

ZAMAN FITNAH AKHIR ZAMAN-ikutan dajjal si sosok nabi palsu

       
Asalamualaikum

Mengapa Dajjal Tidak Disebutkan dalam Al-Quran?

Dalam bahasa Arab, istilah Dajjal lazim digunakan untuk menyebut "nabi palsu" namun, istilah ad-Dajjal yang dimaksudkan di sini merujuk pada sosok "pembohong" yang muncul menjelang dunia berakhir atau kiamat. Sosok itu juga disebut sebagai al-Masih ad-Dajjal yang dimaksudkan di sini adalah "Al-Masih Palsu". Menurut beberapa sumber, istilah ini berasal dari istilah Syria, yakni Meshiha Deghala yang telah menjadi perbendaharaan kata umum di Timur Tengah selama lebih dari 400 tahun sebelum al-Quran diturunkan.

Dalam kamus Lisân al-Arab, dikemukakan bahawa Dajjal berasal dari kata dajala, ertinya menutupi. Mengapa dikatakan menutupi? Kerana dia adalah pembohong yang akan menutup segala kebenaran dengan kebohongan dan kepalsuannya. Dikatakan "menutup" kerana Dajjal kelak akan menutupi bumi dengan jumlah pengikutnya yang sangat banyak. Ada juga yang berpendapat bahawa Dajjal kelak akan menutupi manusia dengan kekafiran atau ingkar terhadap kebenaran yang datangnya dari Allah swt.

Menurut Al-Quran

Siapakah sesungguhnya Dajjal menurut rujukan utama dan pertama kita dalam menggali pelbagai maklumat terutamanya berkaitan dengan agama, yakni Al-Quran al-Karim? Malangnya, kata Dajjal ini tidak disebut secara langsung di dalam Al-Qur'an. Namun, sumber kedua kita yakni hadis Nabi Muhammad Saw banyak memberitahu tentang Dajjal ini.

Mengapa Dajjal tidak disebut secara langsung di dalam Al-Quran? Soalan ini perlu kita jawab terlebih dahulu sebelum meneroka maklumat tentang Dajjal dari hadis Nabi Saw. Jawapan yang sesungguhnya, sudah tentu hanya Allah swt Yang Maha Mengetahui. Namun, para ulama memberikan pendapat mengenai hal ini.

Penyebutan Dajjal di dalam Al-Quran sudah termasuk dalam kandungan ayat sebagai berikut:

"Yang mereka nanti-nanti tidak lain hanyalah kedatangan malaikat kepada mereka (untuk mencabut nyawa mereka) atau kedatangan (siksa) Tuhanmu atau kedatangan beberapa ayat Tuhanmu. Pada hari datangnya ayat dari Tuhanmu, tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang kepada dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu atau dia (belum) mengusahakan kebaikan dalam masa imannya. Katakanlah: 'Tunggulah olehmu sesungguhnya Kami pun menunggu (pula)." ( QS Al-An'am [ 6 ] : 158 ).

Dalam surat al-An'am ayat 158 di atas disebutkan "tanda-tanda atau ayat Tuhanmu" yang dimaksudkan adalah tanda-tanda kiamat dalam hal ini adalah munculnya Dajjal. Sebab, disebutkan dalam sebuah hadis bahawa Rasulullah Saw telah bersabda: "Tiga hal apabila telah muncul (terjadi) maka tiada bermanfaat lagi sebuah keimanan bagi seorang yang belum beriman (sebelumnya): Dajjal, Dabbah dan terbitnya matahari dari arah barat."

Ada yang berpendapat bahawa tidak disebutkannya Dajjal secara langsung di dalam Al-Quran adalah sebagai bentuk penghinaan kepada Dajjal yang di akhir zaman mengakui diri sebagai Tuhan. Hal ini berbeza dengan disebutkannya Firaun di dalam Al-Quran walaupun dia telah mengakui diri sebagai Tuhan kerana Firaun telah habis atau selesai masanya sehingga hal ini dapat dijadikan sebagai peringatan atau pelajaran bagi umat manusia selepasnya. Namun, Dajjal akan hidup di akhir zaman dan akan menjadi ujian bagi umat manusia.

Demikianlah di antara jaw span dari para
Ulama tentang tidak di sebutkannya dajjal secara langsug di dalam Al-Quran.



CONTOH LAMBANG YANG TELAH DIJUMPAI DAN DI GUNAKAN PADA SESUATU SIMBOL SEBUAH KUMPULAN PUAK YAHUDI (SI KAFIR PENGIKUT TEGAR SI DAJJAL BERMATA 1 INGIN MEMBAWA UMAT ISLAM KE DALAM API NERAKA JAHANNAM!(JANJI SIDAJJAL KEPADA ALLAH)

Berita tentang bayi bermata satu yang dilahir di Israel beberapa tahun lalu menjadi gempar. Ramai yang membuat ramalan, inilah dajjal yang dijanjikan Allah lewat hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w.. Kemunculan dajjal di akhir zaman memang sentiasa ditunggu-tunggu. Dan memang kita pun sekarang ini telah berada di satu episod akhir zaman. Tanda-tanda kecil kiamat sudah kita lihat hampir keseluruhannya, setiap hari. Hanya menanti tanda-tanda besar saja yang belum berlaku. Antaranya dajjal.

Dajjal… popularnya manusia yang memiliki nama itu. Ada berbagai-bagai versi cerita tentangnya yang menimbulkan bermacam-macam persepsi. Tapi kebanyakan orang Islam di Malaysia dan Nusantara amnya beranggapan dajjal adalah makhluk bermata satu melintang. Ada juga yang mengatakan bahawa dia separuh manusia dan separuh jin kerana ibunya berasal dari keturunan jin dan ayahnya daripada bangsa Yahudi.

Sebagaimana yang telah disebutkan di awal-awal tadi, dajjal adalah manusia dan sememangnya dia adalah manusia biasa. Dia bukan keturunan jin, gergasi, dewa atau apa saja yang selain manusia. Banyak persoalan yang timbul tentang dajjal menjadi salah faham. Antaranya: Siapa dajjal? Di mana tempat tinggalnya? Siapa keturunannya? Bila dia dilahirkan? Bagaimana rupa fizikalnya? Bila dia akan muncul? Dan bagaimana untuk mengelakkannya?

Memang benar dajjal tidak ada disebut di dalam al-Quran tetapi ia banyak disebut di dalam hadis nabi. Malah banyak hadis nabi yang salih menceritakan tentang dajjal, yang menyebutnya sebagai salah satu tanda besar kiamat. Masalahnya banyak juga hadis yang palsu tentang dajal, ia menimbulkan salah faham masyarakat tentangnya.

Menurut pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd. Othman, banyak hadis yang salih menceritakan perihal dajjal yang lengkap termasuk untuk mengelakkan fitnah dajjal.

Katanya berdasarkan dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad,“Sesungguhnya dajal adalah lelaki yang pendek, badan gempal, matanya rosak (mengecut). Kalau kamu masih ragu-ragu tentang Tuhan kamu. Sesungguhnya Tuhan kamu tidak rosak matanya.

Dari situ sudah jelas bahawa dajjal adalah manusia biasa yang diberikan Allah kekuasaan luar biasa. Setiap nabi yang diutus akan memberi peringatan berkenaan dajjal yang matanya rosak dan pembohong.

Tambahnya lagi, dajal adalah manusia yang ada keistimewaan, telah hidup sejak zaman Nabi Muhammad. Dia digelar al-Masihi ad-dajjal kerana matanya yang rosak dan kebolehan luar biasanya menghidupkan orang mati.

“Tertulis di dahinya perkataan, ‘Kaf-Fa-Ra’ (kafir). Tulisan itu boleh dibaca oleh semua orang Islam sama ada dia pandai membaca atau tidak. Asalkan orang itu mengucap syahadat maka tulisan itu boleh dibaca.

“Yang pastinya dajjal adalah manusia yang ditangguhkan ajalnya oleh Allah, sehingga suatu masa dengan keizinan Allah dia akan muncul semula untuk menguji keimanan manusia,” jelas Fadlan.

Terdapat lagi hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah di dalam sahih Muslim bermaksud, “Dajjal ialah orang yang buta mata sebelah kirinya, lebat rambutnya serta mempunyai syurga dan neraka. Nerakanya itu merupakan syurga dan syurganya pula adalah neraka.”

KEISTIMEWAAN DAJJAL

Allah memberikan dajjal banyak keistimewaan untuk menguji keimanan manusia ketika akhir zaman nanti. Semua itu telah dijelaskan di dalam hadis sahih. Di antara keistimewaannya selain boleh menghidupkan orang mati, dajal juga ada beberapa keistimewaan. Antaranya:

Pertama, ada bersamaan syurga dan neraka. Dajal akan menggunakan kedua-duanya untuk menguji keimanan orang Islam. Apa yang dajal berikan sebagai syurga sebenarnya adalah neraka. Dan apa yang diperlihatkan sebagai neraka sebenarnya adalah syurga.

Kedua, dajjal akan pergi ke daerah yang kemarau, kebuluran dan hasil dagangan tidak menjadi. Dajjal akan menurunkan hujan di daerah itu jika penduduknya mengaku beriman kepadanya. Maka daerah itu akan kembali subur dan hasil dagangan melimpah ruah. Manakala bagi daerah yang penduduknya tidak mahu mengaku dajjal sebagai tuhan, akan berada di dalam kebuluran dan kesusahan.

Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud, “Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu nanti?”

Rasulullah menjawab, “Mereka akan menjadi kenyang dengan tahlil, takbir, tasbih dan bertaubat. Zikir-zikir itu yang akan menjadi makanan mereka.”

Ketiga, boleh menjelajahi seluruh pelosok bumi ini di dalam masa 40 hari dan kepantasan yang luar biasa. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan, “Kami bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana kepantasan perjalanannya di muka bumi ini? Nabi menjawab: “Kepantasan perjalanannya adalah seperti Al-Ghaist (hujan atau awan) yang dipukul angin kencang.” Hanya dua tempat saja yang tidak boleh dimasuki oleh dajjal iaitu Mekah dan Madinah.

Menurut Fadlan, Nabi mengingatkan orang yang beriman supaya menghindarkan diri dari berjumpa dengan dajjal. Malah nabi bersabda, hanya seorang lelaki dari Madinah yang dapat berdepan dengan dajjal. Lelaki itu akan mengatakan bahawa kamu adalah dajjal lalu lelaki itu dibunuh oleh dajjal. Kemudian dajjal menghidupkan semula lelaki itu. Lalu dajjal berkata tidakkah kamu percaya kepada aku. Lelaki itu menjawab, “Tidak, melainkan bertambah keimananku kepada Allah.” Kemudian dajjal cuba membunuh lelaki itu tetapi telah diselamatkan oleh Allah.

BILA DAJJAL DILAHIRKAN

Menurut Fadlan, dajjal telah ada di muka bumi ini sejak zaman nabi lagi. Ia telah dipenjarakan di sebuah pulau seperti mana yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Fatimah Qais, Nabi menceritakan tentang Tamin ad-Dari yang beragama Kristian tetapi telah memeluk Islam. Tamin pernah bercerita padaku tentang satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kalian mengenai al-Masihi ad-dajjal.

Tamin telah berlayar bersama 30 orang anak kapalnya. Tiba-tiba kapalnya dipukul rebut dan mereka terdampar di sebuah pulau. Di pulau itu ada seekor binatang yang lebat bulunya hingga tidak dapat dikenal yang mana ekor dan kepalanya. Binatang itu yang dinamakan al-Jassasah (si pencari berita). Di situlah bermulanya dialog anataraTamim dan al-Jassasah.

Al-Jassasah: Wahai manusia pergilah kamu berjumpa dengan lelaki itu.

Lalu Tamim dan kumpulannya masuk ke dalam hutan dan berjumpa dengan manusia yang dimaksudkan. Lelaki itu mempunyai saiz badan yang besar daripada manusia biasa, dirantai dengan rantai yang cukup kuat, tangannya diikat ke leher, di antara lutut dan buku lalinya dirantai dengan besi.

Tamim: Siapakah kamu?

Dajjal: Kamu akan tahu siapa aku nanti. Tapi siapa kamu?

Tamim pun jelaskan siapa dia sebenarnya dan kisah kapalnya yang dipukul badai lalu terdampar di pulau itu.

Tamim: Kami adalah orang Arab, kami sesat.

Dajjal: Beritahu aku tentang kebun-kebun kurma di Bysan. Adakah ia sedang berbuah?

Tamim: Ya.

Dajjal: sekejap lagi kebun itu tidak akan berbuah lagi. Beritahu aku tentang tasik Tabariah, adakah masih banyak airnya?

Tamim: Airnya banyak lagi.

Dajjal: Tidak lama lagi airnya akan berkurangan dan kering. Beritahu aku tentang mata air Zughar. Adakah masih banyak airnya dan digunakan oleh penduduk untuk bertani.

Tamim: Banyak dan masih digunakan oleh penduduk.

Dajual: Tidak lama lagi air itu akan kering. Ceritakan padaku tentang nabi Arab yang buta huruf. Sudahkah dia keluar dari Mekah dan menetap di Madinah. Adakah orang Arab sudah memeranginya dan kemudian mentaatinya?

Tamim: Dia sudah keluar dari Mekah dan menuju Madinah. Orang Arab telah mentaatinya.

Dajjal: Betulkah itu? Sesungguhnya mentaatinya adalah lebih baik. Aku akan mengatakan pada kamu tentang diri aku. Aku adalah al-Masihi ad-dajjal sesungguhnya masanya sudah semakin hampir aku akan diizinkan untuk keluar. Aku akan berjalan di muka bumi dan masuk ke seluruh daerah di dalam tempoh 40 hari kecuali Mekah dan Madinah. Kedua-dua negeri itu dilarang bagiku, setiap kali aku ingin memasukinya aku akan diadang oleh malaikat yang di tangannya ada pedang berkilau dan tajam menghambatku.

DAJAL TINGGAL DI MANA?


Di manakah kedudukan pulau itu pun dijawab oleh Nabi Muhammad menerusi sabdanya,: “Ketahuilah bahawa dajjal berada di laut Syam dan laut Yemen… akan datang dari arah Timur (lalu baginda menunjukkan tangannya sebelah Timur).” – Riwayat Muslim.

Kemudian ada satu lagi hadis yang menunjukkan dengan tepat dari mana dajal keluar yang kemudian disertai oleh pengikutnya terdiri dari orang perempuan dan kanak-kanak. Daripada Abu Bakr al-Siddiq, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Dajjal akan muncul ke bumi dari arah Timur bersama Khurasan.”Riwayat al-Tarmizi.

Di dalam hadis yang lain pula daripada Anas bin Malik, bersabda Rasulullah s.a.w.,: “Dajjal akan keluar dari kota Yahudi, Khurasan bersama 70,000 Yahudi dari Isfahan.” – Riwayat Imam Ahmad.

Menurut Fadlan, ketika keluarnya dajal, ramai perempuan dan kanak-kanak akan menjadi pengikutnya. Sehinggakan orang lelaki terpaksa bertindak mengikat ahli keluarga perempuan mereka supaya tidak menjadi pengikut dajjal.

“Menerusi penyelidikan yang saya lakukan juga, didapati bahawa air tasik Tabaria yang terletak di sempadan Syria-Palestin dan mata air Zughar si Selatan Syria sudah semakin berkurangan.

Adakah itu bermakna dajjal sudah semakin hampir tempoh pembebasannya. Jika benar apakah persediaan kita untuk menghadapinya?

Jelas Fadlan, Rasulullah telah memberikan beberapa tip kepada umatnya untuk mengelakkan fitnah dajjal. Perkara pertama perlu dilakukan adalah menghafal 10 ayat pertama surah al-Kahfi.

Kedua kita diarahkan oleh Rasulullah supaya membaca doa ini sebelum salam setiap kali solat, “Ya Allah, aku berlinding dengan-Mu dari azab neraka jahanam, azab kubur, ujian hidup dan mati dan kedahsyatan ujian al-Masihi ad-dajjal.”

Katanya, dajjal akan menjelajah seluruh dunia dan akan berakhir di Baitulmaqadis dan dibunuh oleh Nabi Isa. Seperti mana yang disebut di dalam sahih Muslim, “Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa, selepas Nabi Isa dan umat Islam bersolat di belakang al-Imam Mahdi, mereka berhadapan dengan dajjal dan tenteranya. Bila dajjal lihat Nabi Isa, dajjal akan mula cair. Akan tetapi Nabi Isa dapat membunuhnya dengan menikamnya.”







BEBERAPA GOLONGAN-GOLONGAN IKUTAN DAJJAL BERMATA SATU GOLONGAN YANG TIADA PEGANGAN AGAMA YANG KUAT MENGIKUT SUNNAH HADIST DAN RASUL DI DALAM AL-QURAN(SELAGI TIDAK KEMBALI KE LANDASAN SELAMANYA BERSAMA SI KAFIR LAKHNAT)














Bismillahirohmanirohim selawat ke atas nabi muhammad pembuka bicara semoga mendapat keberkatan  dengan infonya yang tidak seberapa tajuknya menyentuh perihal kesombogan dunia selain tipu daya bisikan syaitan dan iblis serta pengikutnya sang dajjal sosok nabi palsu yang menjanjikan surgawi yang indah dambaan hati setiap insan yang kufur sehingga tertipu diri kerana tiada pernah menggunakan akal sebelum membuat sesuatu keputusan tanpa menilai lalu janji itu seakan pasti lantas tiada pegangan hidup berlandaskan hadist quran benaran membuat hati buta dan tuli sehingga menampakan diri sombong dan bongkak seolah pengikut nabi benaran mngundang padah pada diri yang menciptakan sendiri tempat mu bersama ikutan mu,maka kerana itu sifatmu samanya seperti nabi si sosok palsu,menjadi peneman dia di sana selamanya jika masih begituan ,jangan sampai Allah melakhnatmu hingga tidak di bukakan langsung hijab-hijabmu,maka dua golongan yang Allah firmankan-engkau muliakan siapa yang engkau kehendaki dan engkau hinakan siapa yang engkau kehendaki(ayat 26/surah Ali imran) mengundang murka sang pecipta hingga tiada arah tuju lagi di dunia hingga ke akhiran yakni dunia akhirat,terlihat kesucian di muka,terlihat kelembutan kata tetapi terlihat kemunafikan di ekor matanya si pendajjal si ikutanya nabi si sosok palsumu.semoga kita itu sedarlah diri yang semakin sesat mencari jalan pulang,rumah tetap kita,di dunia masing-masing sibuknya menyibukan diri berhias-hias rumah dan membazirkan wang untuk menambah perabot alatan rumah dan renovation menjadikan seperti istana dan selesai kepenatan lelah sempat lagi kita memberikan tajuk kepada nama rumah yang sudah tesergam iaitu rumah Ku syugaku.apa bodohnya ikutan si dajjal ini sehingga membazirkan wang yang bole di gunakan ke jalan yang bermanfaat yang berlandaskan islam seperti sedekahkan wangnya kepada yang memerlukan dan ke arah apa yang lainnya di tuntut Islam, tetapi seakan maunya kita  memikul rumah itu masuk ke liang lahad lagaknya, lalu rumah yang di gambarkan surga itu lah tempat pengakhiranmu jika kita masih leka lupa tuntutannya Allah pada kita menjadi kebanggaan diri sehingga ramai memuji dan mengundang riak dan bangga,sombong, merasa dia punyai Rumah yang sangat dan paling indah di antara mereka-mereka yang di bandingkan,selamanya kita itu tidak balik ke pangkal jalan sehingga kematian mengundag bila-bila sahaja menjadikan keruginan berpanjangan hidup tiada makna hingga Allah tempatkan kita ditempat sama hinanya  tempatmu iaitu surga yang di janjikan nabi palsu mu selamanya kerana kesyirikan kita menduakan Allah bersama nabi palsu ikutanmu.berbagai lagi ajaran-ajarannya ikutan mu seperti menghalalkan larangannya berhadist pula sisosok palsu hakikat diri yang di pesongkan seolah nyata dan benar mengatakan seorang pengkid/tomboy itu mulianya di sisi Allah kerana naluri berkata benar Allah yang jadikan bukan naluri itu maka keluarkan lah apa yang di hati menjadikan hakikat diri yang sebenar adalah naluri seoarag lelaki di dalam jiwa si manusia lakhnatullah.Maka kesombogan kebogkakan dan perwatakan lelaki di gambarkan kepada si perempuan yang lemah imannya kerana bodoh tidak langsung memikirkan,kerana akalnya hanya di gunakan untuk benda yang memesongkan akidah sendiri mencari pula perempuan yang dahagakan kasih sayang lelaki yang tidak ketemui lalu mengangap diri se ekor suami kepada se ekor isteri , mana hadistnya yang di perkatakan kepada si bodoh ikutan penipu?memang layaknya di pangil ekor kerana bagaimana bunyinya jika di pangil sama dengan sang suami dan sang isteri?marilah kita sentiasa muhasabah diri sentiasa mencari salah sendiri adakah kita itu ikutan yang benar maka carilah hadistnya ada atau tidak maka tepuk dada tanya hati.hanya diri sendiri yang dapat menyedarkan diri sendiri.Munafik adalah orang yang termasuk golongan orang yang tidak mendapat hidayah atau petunjuk dari Allah, sehingga jalan hidupnya yang ditempuhi tidaklah mengandungi nilai-nilai ibadah dan segala amal yang dikerjakan tidak mencari keredhaan Allah.

Orang munafik adalah orang yang bermuka dua, mengaku beriman padahal hatinya ingkar. Perbuatan orang munafik disebutNifaq. Mereka ini hanya pada mulutnya saja, kemudian dalam perbuatannya sehari-hari tampak baik, tapi hanya tipu belaka saja.

Artinya segala amal perbuatan yang dikerjakan itu bukan ditegakkan di atas dasar keimanan dan ketaqwaan terhadap Allah, akan tetapi hanya didasarkan pada perasaan dan hawa nafsunya semata-mata untuk mencari muka, penampilan, mengambil hati dalam masyarakat dan pandangan orang belaka. Segala perbuatan baiknya itu hanya dijadikan tempat berlindung untuk menutupi segala keburukan I’tikad dan niatnya.
Kemunafikan adalah ajaran ikutan nabi sosok palsumu wahai si ikutan,mengapa mudahnya kita itu di persendakan hingga lupa akan sang pecipta yang pengasih dan penyayang masih juga mahukan kita itu sedar sebelum terlambat taubatlah dan kembalilah ke pangkal jalan.Allah sentiasa memaafkan hambanya walaupun layaknya kita itu sebagai pembunuh atau pelacur itu sendiri yang di hinakan di dunia oleh manusia yang selalu menghukum layaknya seperti dia itu sudah cukup perfect akidahnya dan imannya lantas menghukum manusia kepada manusia yang hinanya kita itu sama saja,maka ingat mereka yang kita hinakan itu belum tentu lagi hinanya di sisi Allah yang maha pecipta,maha pemurah dan maha penyayang maha pengampun serta maha besar,insaflah kita kembalilah kepada dia yang sentiasa menerima taubat kita
a. Ingin menipu daya Allah.

Firman Allah: “Dan diantara manusia ada yang mengatakan,’aku beriman kepada Allah dan kepada hari kemudian,’padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang yang beriman.Mereka itu hendak menipu Allah berserta orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri,sedang mereka tidak sedar” [Qs Al Baqarah: 8-9]

b. Lebih suka memilih orang kafir sebagai pepimpinnya.

Firman Allah maksudnya:

“…..(iaitu) orang yang mengambil orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan disisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah” [Qs An Nisa’ :139]

c. Tidak ingin diajak berhukum dengan hukum Allah dan RasulNya.

Firman Allah:

“Apabila dikatakan kepada mereka (org munafik):”Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul,” niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia ) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu” [Qs An Nisa:61]

d. Malas menegakkan solat, tapi kalau solat suka menunjuk-nunjuk (riyak)

Firman Allah: “Dan bila mereka berdiri untuk melaksanakan solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riyak dihadapan manusia. Dan tidaklah mereka itu menyebut asma Allah, kecuali sedikit sekali [Qs An Nisa:142]

e. Berdusta apanbila berkata, menyalahi janji dan khinat (pecah amanah)

“Tanda-tanda orang munafik itu ada 3 macam, apabila berkata suka berdusta,apabila berjanji selalu menyalahi dan apabila diberi kepercayaan (amanah) suka khinat”

[Hr muslim dan bukhari]

Pengaruh munafik bagi kehidupan bermasyarakat.

Dalam sejarah telah banyak membuktikan bahawa umat Islam zaman dulu sering diperdaya oleh orang munafik dan hal itu akan berterus sampai zaman sekarang bahkan zaman yang akan datang dari generasi ke generasi. Oleh kerana itu kita umat Islam dimana saja berada hendaknya berhati-hati terhadap orang munafik yang berhasrat mematahkan semangat juang kita umat Islam, memporak-perandakan kekuatan Islam, memadamkan cahaya Allah ditengah-tengah orang Islam dan selalu kerosakan dan kekacauan dimana-mana.

“Mereka (orang munafik) hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan) mereka. Dan Allah telah menyempurkan cahayaNya, meskipun orang kafir membenci.” [Qs Asy-Shaf;8]
Besarnya pengaruh dajjal si sosok nabi palsu kepada yang masih tidak beriman kalau pun cukop solatnya 5 waktu sehari semalam tapi masih tidak langsung membuang kekotoran hati dari sifat buruk layaknya mengaku beriman.. Aku itu beriman kepada Allah"kerana cukop puasa Ku solat ku....jangan terlalu yakin sehingga Allah murkakan kita selama hayat jadi lah kita golongan yg Allah hinakan
Kufur pula bermaksud menutupi dan menyamarkan sesuatu perkara. Sedangkan menurut istilah ialah menolak terhadap sesuatu perkara yang telah diperjelaskan adanya perkara yang tersebut dalam Al Quran. Penolakan tersebut baik langsung terhadap kitabnya ataupun menolak terhadap rasul sebagai pembawan
Sehingga kekufuran berpanjangan dan laknatullah lah kita hingga sesatnya dalam terang,dan merangkak dalam kegelapan sehingga ke akhir cerita tidak Allah  ketemukan jalan pulang ke Rumah surgaku yang sebenar,jika masih tidak mengisafi diri dan taubat yang sebenar benarnya, Allah ciptakan untuk janji yang benar bukan janji palsu si sosok palsu se ekor dajjal yang menjanjikan kemewahan di dunia sementara hingga bermati matian berlumba-lumba mencari duit untuk mempunyai sebuah kenderaan yang sangat canggih mengundang riaq di hati taksubnya degan harta-harta di dunia yang harus di miliki sebelum orang lain memiliki dahulu seperti tidak mahu kalah kepada manusia lain, kita lalai untuk mencari jalan-jalan yang di redhai Allah,di lalaikan tentang hal-hal duniawi seperti hasil ciptaan talifon yang cangih2,game-game Yang di upgred oleh si kafir lahanat melupakan kita di lalaikan  mencari jalan ke tempat tinggal yang kekal di rumah Ku surgaku yang pasti dan benar(syurga Allah)yang di janjikan lantas mengundang bertambahnya pegikut si bermata 1 itu yang pegikut tegarnya adalah si kafir yang syurganya yang memang di janjikan di dunia sementara dan neraka adalah rumah yang di janjikan pasti,ingat ya janji Allah itu pasti.maka hadist ada berkata bermaksud  jadilah kita itu kayu pembakar si kafir lahanat selamanya,oleh itu sedarlah akan hal ini dan jika taubatmu di terima walaupun kita berdosa selepas di sucikan dosa di neraka jahanam maka kita akan akhirnya ke syurga tetapi bagi mereka yang tidak bertaubat dan balik ke pangkal jalan maka selamanya neraka jahanam tempatnya besama si mata 1 pendusta mengaku seorag nabi.
Kesombogan dan bogkak diri mngundag murka Allah
Menghitamkan hati mngatakn sebuah pekahwinan adalah saat yang menyusahkan....tiada keyakinan untuk menjadi seorag suami yang bertangugjawab.. Sedangkan di tuntut islam ...menolak jodoh yang Allah hantar kepadanya degan alasan takut tak dapat beri makan anak orang.adakah ini alasan yang boleh di terima pakai?sedangkan sebuah  perkahwinan itu saja sudah rezeki..anak juga rezeki..mustahil Allah itu kejam hingga kita itu mati kebuluran tidak Makan.
Jika Kita masih punyai sifat sombong dan berlagak kepada manusia lain termasuk keluarga sendiri dan tidak mahu berbaik baik kepada adik beradik,sentiasa bertelagah dan berselesih faham dan tidak mahu langsung berbincang tentang permasaalahan yang di hadapi di dalam konflik yang berlaku di dalam organisasi sebuah keluarga itu sahaja ikutan dajjal yang di kucar-kacirkan pekerja ikutan dia yang bernama iblis dan jin ,serta iblis yang menyesatkan,Kasar melayan tetamu yang datang juga tidak di sapa.apa ini sudah cukup beriman ?masih lagi mau menipu Allah!aku itu orang beriman.Allah murkakan selamanya jika masih lagi tidak sedar dirinya.Hidup yang tidak pernah mahu di tegur seolah sudah pandai dan bijak di dalam ibadahnya,marah bila di ajarkan solat yang betul(baru sebulan dua belajar solat sudah begitu taksub diri)orang yang sudah lama pandai dalam solat itu sahaja pun di ingatkan Allah untuk sentiasa menyemak dan perbetulkan dalam solatnya seharian.Sifat manusia yang jahil menolak kebenaran di dalam alquran.Sudah nyata lagikan masih mau menolak di dalam alquran terang terpampang,masih jua kita itu masih berdegil dengan tidak mau melaksanakan perintahnya masih juga kta itu melakukan larangan tanpa mahu untuk perbetulkan diri,tanpa mau muhasabah diri,ingatlah mati itu tidak ketauan tiba dan sebelum terlambatnya marilah kita mencari salah sendiri sebelum mencari salah orang lain.sampai di sini sahaja nukilan ku sendiri atas fahaman sendiri berlandaskan alquran pegangan, gerakan langsung dari hati,jihad di kaki sendiri kerana Allah taala -mencari redha illahi buang yang salah ambil yang benar(ozielys)29/01/2016/jumaat

2 ulasan:

  1. Asalamualaikum sahabatku jihadkukeranaAllah/belum siap blognya,ada lgi isinya mau di letakan krn faktor x dpt di elakan...

    BalasPadam